Makanan tengahari amat penting untuk dinikmati bersama-sama rakan-rakan dan kawan sekerja. Selepas penat bekerja, badan memerlukan tenaga. Pilihan paling tepat, keluar makan. Terdapat pelbagai jenis kedai makanan, gerai-gerai makanan, dan restoran yang menghidangkan pelbagai jenis makanan untuk kita nikmati. Tapi kadang-kala kita terlalu sibuk dengan kerja sehingga lagi lupa untuk menjamah makanan. Perut dah lapar minta diisi tapi kerja masih bertimbun-timbun. Pilihan yang paling tepat ialah mencari makanan yang ringkas, cepat dan mudah dihadam. Masa inilah, ramai orang yang mencadangkan makanan segera (fastfood). Sedap juga menikmati makanan segera tapi perlu diingat. Makanan segera (fastfood) tidak memberikan kita tenaga, protein, vitamin dan dsb. Sebaliknya memakan makanan segera hanya untuk mengisi perut yang kosong. Lepas itu, kita akan mencari lagi makanan untuk di makan sehinggalah kita mula sedar keberkesanannya apabila berat badan meningkat.
Di sini, saya kongsi kan makanan yang sihat, cepat dan ringkas untuk pekerja-pekerja yang berwibawa, berdedikasi, amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas untuk majikan masing-masing. Jangan biarkan perut lapar dan menjadi hamba makanan segera (fastfood).
PINEAPPLE, GINGER AND CARROT JUICE
Bahan-bahan
1/2 biji nenas kecil (paling mudah, beli buah nenas yang telah disiap dipotong dan disejuk)
25g halia (fresh root ginger)
1 batang lobak merah
Ais ketul
Cara-caranya
1. Menggunakan pisau yang tajam, buang kulit nenas dan potong empat. Jangan lupa buang mata nenas.
2. Potong buah nenas kepada potongan yang kecil supaya mudah dikisar.
3. Kupas kulit halia menggunakan pisau tajam atau alat pengupas. Kemudian potong kasar-kasar.
4. Kupaskan kulit lobak merah dan potong bulat-bulat.
5. Masukkan lobak merah, halia, dan buah nenas ke dalam mesin jus (pengisar jus) dan tuangkan jusnya ke dalam gelas.
6. Tambahkan ais ketul dan hidangkan segera.
Nota: sekiranya tidak ada mesin jus/pengisar jus, boleh menggunakan blender tetapi sebelum dituangkannya ke dalam gelas, perlulah terlebih dahulu tapis dengan penapis untuk mendapatkan jusnya sahaja.
SMOKED SALMON AND CHIVE OMELETTE
Bahan-bahan
4 biji telur
1 tbsp hirisan daun kucai (fresh chive) atau daun bawang (spring onion)
1 tbsp mentega
50 g ikan salmon yang disalai (beli yang sedia ada) dihiris nipis dan segiempat
Garam dan lada hitam
Cara-caranya
1. Pecahkan telur ke da dalam mangkuk. Pukul telur tersebut menggunakan garpu, kemudian masukkan hirisan daun kucai atau daun bawang. Masukkan sedikit garam dan sedikit lada hitam dan ketepikan.
2. Panaskan mentega di dalam kuali sehingga berbuih. Masukkan telur tadi dan masak di bawah api sederhana selama 3-4 minit.
3. Setelah hampir masak, masukkan hirisan salmon di atas telur tersebut. Tutup api kemudian lipat dua telur tersebut. Kemudian potong dua. (Ikut pilihan sendiri untuk membentuk dan menghiaskannya)
Nota : lebih enak jika dicicah atau diletakkan mayonise rendah lemak dan cili sos di dalam telur tersebut sebelum dilipat dua.
COOL CHOCOLATE FLOAT
Bahan-bahan
115 g chocolate dipatahkan menjadi kepingan
1 cawan susu segar
1 tbsp gula kastor
4 ceduk aiskrim vanila
4 ceduk aiskrim coklat pahit (dark chocolate ice cream)
Sedikit krim putar
Sedikit parutan coklat untuk hiasan
Cara-caranya
1. Masukkan coklat ke dalam periuk dan tambahkan susu dan gula. Panaskannya seketika. Kacau menggunakan sudu kayu sehingga coklat cair dan adunan coklat menjadi halus. Tuang ke dalam mangkuk kecil. Kemudian letakkan mangkuk berisi coklat cair tersebut di atas mangkuk yang terlebih dahulu diisi air dan ketulan ais.
2. Kisar separuh coklat aiskrim dan separuh coklat vanila bersama-sama coklat cair ke dalam pengisar sehingga menjadi susu coklat.
3. Ceduk baki aiskrim coklat dan vanila ke dalam gelas tinggi. Masukkan vanila kemudian coklat.
4. Menggunakan sudu, ambil susu coklat yang dikisar tadi tuangkan ke atas aiskrim supaya larutan tersebut mengalir ke bawah.
5. Masukkan krim putar dan di hiaskan dengan parutan coklat. Hidangkan dengan segera.
Nota : Hiasan mengikut citarasa masing-masing.
1 comment:
Nampak simple tapi sedap dan menyelerakan.
- Alat Buang Duri Nenas
Post a Comment