Jenis buah- buahan

BUAH-BUAHAN

Dalam bidang pertanianbuah merupakan ovari yang telah masak, bersama-sama dengan bijinya dari sesebuah pokok yang berbunga. Namun, apabila berkata tentang buah, dari segi masakan, yang dimaksudkan dengan buah ialah hasil daripada pokok-pokok yang boleh dimakan begitu sahaja. Akan tetapi, sebahagian daripada buah-buahan juga kadangkala boleh dianggap sebagai sayur-sayuran.
Kebanyakan buah mengandungi air. Buah juga mempunyai serat makananpada kulit, benih, dan bagian berserat. Biasanya buah juga mengandung besidan gula, serta sedikit protein dan lemak.


    Khasiat buah-buahan adalah berbeza berdasarkan faktor-faktor berikut:

    • Jenis buah, bukan sahaja dari segi spesies tetapi juga pada peringkat kultivar atau varieti.
    • Kesegaran buah.
    • Buah muda, ranum atau terlalu ranum.
    • Baja atau nutrien yang terdapat di dalam tanah di sekitar akar pokok.
    • Keadaan cuaca, sama ada mencukupi atau tidak mencukupi keperluan pokok.
    • Cara penyediaan buah:
      • Dimakan segar atau mentah.
      • Dimakan bersama kulit atau tidak.
      • Jangka masa buah dimakan; dibiarkan dahulu atau terus dimakan setelah dikupas.
      • Jika dibuat jus segar, perlu dikenal pasti sama ada jus diminum terus atau disimpan berjam-jam di dalam peti sejuk sebelum diminum.
      • Jika bukan buah segar, perlu dikenal pasti cara penyediaan, berapa lama disimpan serta keadaan di sekeliling tempat simpanan.






















    No comments: