Ermmm... menu apa pula hari ni. ermmm.... Oh ya, jom try buat bistik kacang peas. Teringat dulu-dulu, bonda saya selalu buatkan bistik ketika kami adik beradik masih kanak-kanak lagi. Perkara yang masih teringat kat dalam fikiran, arwah ayah sukakan bistik. Bonda pun selalu buatkan setiap kali arwah ayah pulang dari tempat kerja. Hidangan bistik mesti dihidangkan untuk kami sekeluarga. Bistik bonda adalah yang terbaik. Rasa bistik saya tak sama dengan bistik bonda. tapi saya cuba juga lah. Rasa tu ada.. sedap jgk.. tapi tak sesedap bistik bonda. Resepi yang sama tapi entah lah. Mungkin magical hand of my Bonda kan... Apa-apa pun jom berbuka dengan bistik... ^_~
Resipi ke9 Ramadhan
Bistik Kacang Peas
Bahan-bahan :
- 500gm daging lembu
- 4 ulas bawang merah (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 1 biji cili merah (dihiris menyerong)
- 1 biji bawang Bombay (dipotong bulat)
- 3 sudu kecil serbuk bawang (garlic powder)
- 4 sudu besar kicap pekat
- 2 sudu besar sos lada hitam
- 2 sudu besar tomato puree
- 2 biji kentang (dihiris dan digoreng separuh masak)
- 1 tin kecil kacang peas
- 2 cawan air
- sedikit garam dan serbuk perasa
- Bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga peket yang sedia ada dijual di kedai)
Cara-cara :
- Hiris daging sederhana nipis,berishkan dan toskan airnya.
- Tumbuk daging tersebut menggunakan lesung abu (supaya lembut)
- Perap daging tersebut dengan garlic powder, kicap pekat, dan sos lada hitam. Simpan daging tersebut ke dalam peti sejuk untk beberapa jam.
- Panaskan minyak masak didalam kuali dan tumis bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga, bawang merah dan bawang putih sehingga terbit bau.
- Masukkan daging perap tersebut dan kacau seketika sehingga daging separuh masak.
- Masukkan 2 cawan air dan tomato puree dan dibiarkan masak sehingga daging menjadi empuk dan kuahnya menjadi sedikit pekat.
- Masukkan kacang peas dan ubu kentang dan kacau seketika.
- Akhir sekali, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kemudian masukkan bawang Bombay dan cili merah. Kacau sekejap sahaja dan angkat.
* Hidangan ini selalunya saya akan makan dengan roti. memang sedap lah. terpulang kt korg lah nk mkn dgn roti (like me) ataupun makan dengan nasi
No comments:
Post a Comment