Wednesday, 18 September 2013

Spaghetti with Salmon & Prawns

Bahan-bahan 
  • 300 g isi ikan salmon
  • Sedikit daun selasih (basil leaf)
  • 1 cawan jus anggur (boleh didapati di supermarket)
  • 150ml double cream
  • 6 biji tomato masak ( dikupas kulit dan di cincang )
  • 350g spageti 
  • 115g udang sederhana besar (direbus dan di buah kulit)
  • Garam dan lada hitam
  • Minyak zaitun

Cara-cara

  1. Masukkan minyak dan letakkan kulit ikan salmon di atas di dalam periuk. Tuangkan jus anggur dan daun basil. Renjiskan sedikit garam dan lada hitam di atas ikan salmon.
  2. Rebuskan seketika, tutup periuk selama 5 minit. 
  3. Gunakan penyepit besi (thong) dan keluarkannya dan ketepikan.
  4. Dalam periuk yang sama, masukkan double cream dan tomato sehingga mendidih dan sebati. Kacau perlahan-lahan di bawah api sederhana selama 10-15 minit. Jangan tutup periuk.
  5. Sementara itu, masak spageti dalam air mendidih yang telah di tambahkan sedikit garam selama 10-12 minit.
  6. Carik isi salmon besar-besar menggunakan garpu. Buang kulit ikan dan tulang (sekiranya ada). Tambahkan isi ikan tersebut dan udang kedalam periuk tadi. Gaulkannya perlahan-lahan (jangan biarkan isi ikan salmon hancur). Rasa terlebih dahulu dan tambahkan perasa mengikut citarasa sendiri.
  7. Toskan spageti kemudian masukkan ke dalam pinggan. Tuang sos ke atasnya dan boleh dihidangkan serta merta. Hiaskan dengan daun selasih.

No comments: