Blackcurrant Fool
Bahan-bahan
- 3 cawan blackcurrants
- 45 ml air
- 1 cawan gula castor
- 1 tsp jus lemon
- 1 1/2 cawan double cream
- 1 biji lemon (Ambil perahannya)
Cara-cara
- Masukkan blackcurrant ke dalam periuk kecil bersama-sama air dan masak di bawah api yang perlahan sehingga lembut. Kemudian padamkan api dan masukkan gula sehingga rasa manisnya. Gaulkannya sehingga larut dalam air.
- Sejukkannya terlebih dahulu. Kemudian, masukkan ke dalam blender dan kisar sehingga menjadi pes. Biarkan sejuk seketika.
- Kemudian, tambahkan perahan jus lemon dan kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
- Dalam mangkuk lain, putarkan double cream sehingga gebu menggunakan pemukul telur. Kemudian campurkannya ke dalam pes tadi. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
- Selepas itu, tuangkannya ke dalam gelas dan biarkannya pada suhu bilik selama 1-2minit.
- Selepas dibiarkan pada suhu bilik, masukkan ke dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dihidangkannya.
No comments:
Post a Comment