Sunday, 29 September 2013

Sarapan Pagi Bertenaga Sepanjang Masa

Sarapan yang sihat amatlah baik untuk memulakan hari baru dan boleh dilihat keberkesanannya sepanjang pagi hinggalah waktu makan tengahari. Menu ini amatlah mudah untuk diikutkan dan tak akan gagal untuk disediakan. Cubalah!!

VITALITY JUICE
Bahan-bahan :

25g selada air (watercress)
1 biji buah pear-saiz besar
2 tbsp bijirin gandum (wheatgerm)
2/3 cawan yogurt (plain yogurt)
1 tbsp biji rami/linsid (linseeds)
2 tbsp jus lemon
Mineral water
Sedikit ketul ais (ikut kesukaan sendiri)

Cara-caranya
1. Potong kasar-kasar selada air (watercress). Jangan dibuang batang selada air.
2. Kupas kulit buah pear dan dipotong kasar-kasar.
3. Masukkan selada air (watercress) dan buah pear ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
4. Tambahkan yogurt, biji rami (linseeds) dan perahan lemon sehingga bercampur rata.
5. Masukkan sedikit air sekiranya terlalu pekat.
6. Masukkan ketulan ais di dalam gelas yang tinggi. Isikan bahan-bahan yang dikisar tadi ke dalamnya.
7. Hiasan kan sedikit daun selada air (watercress).

Nota: yogurt boleh digantikan dengan susu ata soya. Sebiji epal bersaiz besar boleh digantikan buah pear.


ZINGY PAPAYA FRUIT SALAD

Bahan-bahan

2 biji buah betik bersaiz besar yang masak
1 biji buah limau nipis (ambil jus nya sahaja)
2 keping hirisan halia (dihiris halus-halus dan direbus terlebih dahulu)

Cara-caranya
1. Belah dua buah betik tersebut. Keluarkan biji betik menggunakan sudu kecil.
2. Menggunakan pisau yang tajam, potong isinya menjadi potongan yang nipis.
3. Susun potongan betik di dalam pinggan. Kemudian perah limau diatas buah betik tersebut.
4. Taburkan hirisan nipis halia di atasnya.
5. Hidangkan serta-merta.

Nota : Salad buah-buahan amatlah sedap sekiranya menggunakan buah-buahan tropikal yang lain. Gunakan 'passion fruit pulp' mengantikan halia atau gantikan 2 biji buah mangga untuk gantikan buah betik.



SCRAMBLED EGGS WITH ANCHOVIES

Bahan-bahan

2 keping roti
3 tbsp mentega
Sedikit ikan bilis yang dibuat paste
2 biji telur dan 2 biji kuning telur (dipukul)
4-6 tbsp krim atau susu
Serbuk lada hitam
Ikan bilis yang digoreng ranggup
Sedikit paprika untuk hiasan

Cara-caranya
1. Panggang roti, kemudian sapukan ikan bilis paste.
2. Kemudian potong dan buang bahagian kerak roti dan di belah dua menjadi bentuk segitiga.
3. Cairkan mentega di dalam kuali yang tidak melekat (non-stick pan). Masukkan telur, krim atau susu dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau sehingga menjadi sedikit pekat. Jangan terlampau masak kerana mudah jadi keras.
4. Jauhkan kuali dari api dan kacau sehingga berkrim. Jangan lama sangat kacau.
5. Bahagikan telur tersebut dan letakkan diatas roti yang telah disapu dengan paste ikan bilis.
6. Letakkan ikan bilis goreng dan taburkan sedikit paprika.
7. Hidangkan panas-panas.

Nota : Telur ini amatlah sedap dimakan jika dicampurkan ubi kentang yang dilenyek. Lagi sedap jika dihidangkan dengan salad dan segelas jus.





No comments: