Dessert khas di bulan Ramadhan. hurm.. kita try puding roti nak? nak tak nak saya kena buat kot. Sekurang-kurangnya boleh dimakan selepas solat terawih. Balik rumah dah ada benda yang nak dimakan kan. Saya pernah buat sekali je puding roti ni. Not bad. Saya ni bukan suka makan benda yang manis2 ni but my kids suka sangat. Habis dorang makan tak tinggalkan kat abah dorang. Time tu bukan di bulan Ramadhan. Apalagi, buka peti sejuk, ngap ngap ngap sampai habis. ditinggalnya bekas puding kosong dalam peti sejuk. Lagi satu kalau saya buat puding telur karamel, memang dorg lah hantu dalam rumah. Siap order lagi kat ummi dia ni minta buatkan. InsyaAllah saya akan share dengan korg resipi puding telur tu. Sekarang saya share resipi PUDING ROTI. Sbb apa nak buat
Resipi ke4 (Ramadhan)
Puding Roti
Bahan-bahan :
Resipi ke4 (Ramadhan)
Puding Roti
Bahan-bahan :
- 3 keping roti (direndamkan bersama air dan ditoskan)
- 3 biji telur
- 1 cawan gula pasir
- 2 tin susu cair
- 1 sudu besar mentega
- 1/2 sudu esen vanilla
Cara-cara :
- Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu cair dan roti. Kemudian dikacau sebati
- Masukkan mentega diikuti dengan esen vanilla dan dikacau rata
- Masukkan ke dalam dulang pembakar atau loyang. Kemudian dibakar dalam kepanasan 160F selama 30 minit. Hias mengikut suka. Siap dihidangkan.
nota: lebih sedap dimakan dengan buah kismis atau buah-buahan campuran(buah koktail)

4 comments:
Sedapnya
Sedapnya
Sodap....
Sodappp
Post a Comment