Friday, 26 June 2015

Bistik Kacang Peas

Ermmm... menu apa pula hari ni. ermmm.... Oh ya, jom try buat bistik kacang peas. Teringat dulu-dulu, bonda saya selalu buatkan bistik ketika kami adik beradik masih kanak-kanak lagi. Perkara yang masih teringat kat dalam fikiran, arwah ayah sukakan bistik. Bonda pun selalu buatkan setiap kali arwah ayah pulang dari tempat kerja. Hidangan bistik mesti dihidangkan untuk kami sekeluarga. Bistik bonda adalah yang terbaik. Rasa bistik saya tak sama dengan bistik bonda. tapi saya cuba juga lah. Rasa tu ada.. sedap jgk.. tapi tak sesedap bistik bonda. Resepi yang sama tapi entah lah. Mungkin magical hand of my Bonda kan... Apa-apa pun jom berbuka dengan bistik... ^_~

Resipi ke9 Ramadhan
Bistik Kacang Peas

Bahan-bahan :
  • 500gm daging lembu
  • 4 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji cili merah (dihiris menyerong)
  • 1 biji bawang Bombay (dipotong bulat)
  • 3 sudu kecil serbuk bawang (garlic powder)
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 2 biji kentang (dihiris dan digoreng separuh masak)
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 2 cawan air
  • sedikit garam dan serbuk perasa
  • Bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga peket yang sedia ada dijual di kedai)

Cara-cara : 
  1. Hiris daging sederhana nipis,berishkan dan toskan airnya. 
  2. Tumbuk daging tersebut menggunakan lesung abu (supaya lembut)
  3. Perap daging tersebut dengan garlic powder, kicap pekat, dan sos lada hitam. Simpan daging tersebut ke dalam peti sejuk untk beberapa jam.
  4. Panaskan minyak masak didalam kuali dan tumis bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga, bawang merah dan bawang putih sehingga terbit bau.
  5. Masukkan daging perap tersebut dan kacau seketika sehingga daging separuh masak.
  6. Masukkan 2 cawan air dan tomato puree dan dibiarkan masak sehingga daging menjadi empuk dan kuahnya menjadi sedikit pekat.
  7. Masukkan kacang peas dan ubu kentang dan kacau seketika.
  8. Akhir sekali, masukkan sedikit garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kemudian masukkan bawang Bombay dan cili merah. Kacau sekejap sahaja dan angkat.

* Hidangan ini selalunya saya akan makan dengan roti. memang sedap lah. terpulang kt korg lah nk mkn dgn roti (like me) ataupun makan dengan nasi



Thursday, 25 June 2015

Ayam Rendang Kebaboom (Ayam Rendang Cili Padi)

Dengar bunyi pun dh semacam kan.. Pa yg boom nya kan.. Hahahahaa... Selalunya ayam rendang kita tak letak cili padi kan. Tapi kali ni kita bubuh cili api. Yang tak makan pedas tu, boleh lah skip tengok resepi yang lain. Yes.. I dont like eat spicy food. But lovely hubby suka sgt. Perut dia dh sebati dengan pedas. Saya kalau makan, sure masuk toilet 4-5kali.. Teruk juga effect orang yang tak makan pedas ni. Sikit pedas pun, perut saya tak mampu nak tanggung.. Jadik, resipi ni saya khas kan untuk yang spicy lover... Wahai peminat2 makanan pedas, meh try Ayam Rendang Kebaboom ni.. 
**warning: yg x mkn pedas, Jgn try nk cuba mkn ok. Hahahahaa... Menangis korg nanti

Resepi ke8 Ramadhan 
Ayam Rendang Kebaboom

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam dipotong 10-15
  • 20 biji cili api (boleh ditambah kalau nak lebih pedas)(dikisar)
  • 2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • Santan 
  • Sedikit kerisik
  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
 Cara-cara :
  1. Panaskan kuali kemudian masukkan ayam bersama bahan yang dikisar tadi. Masukkan juga serai yang telah dititik. Masak sehingga sedikit kering.
  2. Bila dah kering, masukkan santan dan kacau selalu supaya tidak melekat. kacau sehingga air santan menjadi pekat.
  3. Masukkan kerisik dan asam keping dan kacau sehingga kuah menjadi minyak pecah. 

Nota: bahan2 sama je dengan bahan2 rendang yang lain, beza nya resepi ni menggunakan cili padi berbanding rendang biasa menggunakan cili merah.


Ayam Goreng Madu

Menu untuk dikongsi hari ni mmg mudah lah. Ayam + Madu = Ayam goreng madu.. Cara-cara nak disediakan memang mudah lah. Well u know me. Saya ni tak suka yang susah-susah. Semua nak kerja mudah. Heheheee... Sepatutnya kena bubuh nama menu ni ayam mudah madu.. semuanya MUDAH.. Kan kan kan.. Jom lihat resepi

Resepi ke7 Ramadhan
Ayam Goreng Madu

Bahan-bahan :


  • 500gm ayam
  • Minyak untuk menggoreng
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 8 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3cm halia (dikisar)
  • 5 sudu besar madu
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 7 biji cili merah
  • 5 sudu besar pati perahan daun pandan 
  • Sedikit garam 
  • Sedikit gula batu

Cara-cara :
  1. Campur semua bahan dan kisar (pastikan jangan terlalu halus)
  2. Bersihkan ayam dan potong kecil-kecil sebelum diperap bersama bahan kisar. Simpan di dalam peti sejuk untuk seketika.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam di atas api perlahan.

* Saya prefer ayam bahagian kepak dan drumstick. Bahagian ni sedap. Tapi jika yang nak lebih khasiat, guna bahagian dada. Minyak masak tu boleh digantikan dengan minyak zaitun. 
Selamat mencuba ye. ^_^



Mi Hong Kong Cendawan

Wachaa..... Hari ni kita buat mi Hong Kong dicampur cendawan. Kita tukar selera kita makan mi pula.. Seorang freelancer ni memang busy lah. Tapi sejak kebelakangan ni saya lebih banyak dok rumah. Keja ofis tu ada juga nak buat tapi saya buat mana yang patut diutamakan. So, hari ni mi Hong Kong Cendawan. Wachaa... Heheheee...

Resepi ke6 ( Ramadhan)
Mi Hong Kong Cendawan

Bahan-bahan :
  • 1 senduk minyak
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 150gm daging (dihiris nipis)
  • 200gm ikan tenggiri (dihiris nipis)
  • 200gm udang sederhana besar
  • 2 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 2 sudu besar serbuk pati ayam 
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 batang lobak merah (didadukan)
  • 1 sudu besar sos perasa Maggi
  • 250gm cendawan tiram (dipotong)
  • Garam, gula, kicap secukup rasa
  • 150gm sawi hijau (dipotong) 
  • 250gm mi kuning
  • Hiasan :Telur dadar (2biji telur), 2 biji tomato (dihiris), 3biji cili merah (dihiris)  

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan daging, ikan, udang serta sotong dan dikacau rata.
  2. Masukkan air, serbuk pati ayam dan bancuhkan tepung gandum (supaya tepung tidak berketul2) Kemudian, masukkan lobak merah. Kacau rata dan masukkan sos perasa Maggi, cendawan tiram, garam, gula, kicap secukup rasa.
  3. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan mi. Kacau rata dan angkat.
  4. Hiaskan dengan bahan-bahan hiasan & hidangkan bersama cili jeruk.

Menyediakan cili jeruk :
Hiris nipis cili merah dan hijau. Masukkan ke dalam cuka yang telah dicampurkan dengan garam dan gula secukup rasa.

Tuesday, 23 June 2015

Jus Kurma

Bulan Ramadhan ni ramai yg ambil kesempatan nak turunkan berat badan. Tapi keputusannya hampeh. Mau tak nya, berbuka puasa dengan pelbagai jenis makanan. Minum air sampai satu jug. Uish uish.. Kalau macam ni, memang tak turun lah berat badan tu. Saya ada satu minuman yang boleh menghilangkan dahaga dan menghadamkan makanan yang kita berbuka. Minuman yang saya masukkan ialah Jus Kurma... Hehehe.... Dengar ja perkataan kurma, memang tau dah kurma ni banyak khasiat. Jom saya share jus kurma ni..

Resepi ke 5 (Ramadhan)
Jus kurma

Bahan-bahan :
  • 1 sudu jus limau nipis
  • 3 sudu jus kurma
  • Sedikit air gula
  • Ais yang dikisar

Cara-cara :
  1. Masukkan semua bahan, kacau hingga sebati.
  2. Hidangkan bersama ais kisar

Nota : sorry tak sempat nak snap pic. 

Senang kan nak sediakannya. 


Puding Roti

Dessert khas di bulan Ramadhan. hurm.. kita try puding roti nak? nak tak nak saya kena buat kot. Sekurang-kurangnya boleh dimakan selepas solat terawih. Balik rumah dah ada benda yang nak dimakan kan. Saya pernah buat sekali je puding roti ni. Not bad. Saya ni bukan suka makan benda yang manis2 ni but my kids suka sangat. Habis dorang makan tak tinggalkan kat abah dorang. Time tu bukan di bulan Ramadhan. Apalagi, buka peti sejuk, ngap ngap ngap sampai habis. ditinggalnya bekas puding kosong dalam peti sejuk. Lagi satu kalau saya buat puding telur karamel, memang dorg lah hantu dalam rumah. Siap order lagi kat ummi dia ni minta buatkan. InsyaAllah saya akan share dengan korg resipi puding telur tu. Sekarang saya share resipi PUDING ROTI. Sbb apa nak buat

Resipi ke4 (Ramadhan)
Puding Roti

Bahan-bahan :

  • 3 keping roti (direndamkan bersama air dan ditoskan)
  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 tin susu cair
  • 1 sudu besar mentega
  • 1/2 sudu esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul telur bersama gula sehingga sebati. Masukkan susu cair dan roti. Kemudian dikacau sebati
  2. Masukkan mentega diikuti dengan esen vanilla dan dikacau rata
  3. Masukkan ke dalam dulang pembakar atau loyang. Kemudian dibakar dalam kepanasan 160F selama 30 minit. Hias mengikut suka. Siap dihidangkan.

nota: lebih sedap dimakan dengan buah kismis atau buah-buahan campuran(buah koktail)

Tomyam Kung

Yes.... hari ni menu nasi putih dengan tomyam. Baru 5 hari puasa dah tak tau nak makan apa dah kan. Kita bukan budak-budak lagi.. Feeling teringin-teringin ni dah tak da dah. Selera makan pun dah kurang. So, the best way nak tingkatkan nafsu makan kita, saya nak buat tomyam lah. Cukup sekadar nasi putih + tomyam + telur dadar. Jom try lah.. Simple and easy... tomyam untuk korang.. hehehee..


Resipi ke3 (Ramadhan)
Tomyam Kung
Bahan-bahan :
  • 10 ekor udang (dibuang kulit) saiz udang ikt pilihan masing2
  • 3 ekor sotong (dipotong bulat)
  • 2 keping kek ikan (dipotong)
  • 1/2 batang lobak merah (dipotong bulat)
  • 30 gram kubis bunga
  • 2 cawan air ataupun secukupnya
  • 1 biji bawang besar ( dipotong bulat)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 7 helai daun limau purut
  • 5-7 biji cili padi (dipotong serong) kalau nak pedas, boleh tambah jumlah cili padi 
  • 1 tangkai daun ketumbar
  • 2 kiub tomyam
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis dahulu separuh bawang besar yang dihiris bulat, serai, cili padi, separuh daun ketumbar dan daun limau purut. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan kiub tomyam segera dan kacau seketika.
  3. Masukkan dua ataupun tiga cawan air, Biarkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan lobak merah dan kubis bunga. Biarkan masak sehingga empuk.
  5. Kemudian masukkan udang, sotong dan kek ikan.
  6. Tambahkan sedikit garam secukup rasa. Akhir sekali, masukkan separuh lagi bawang besar dan daun ketumbar. Kacau seketika dan boleh diangkat.
**Bahan-bahan dia nampak memang banyak tapi senang di masak. Main campak-campak je dalam kuali. Meh intai-intai resipi tomyam kung ni. tak rugi mencuba. ^_~




Kuih Sagu Kelapa

Bulan puasa ni teringin nk buat something to my family. Nasi memang kena makan lah. Nasi dh jadi makanan asasi manusia kan. heheheee... Kuih asyik beli je. Makin banyak beli makin banyak duit dikeluarkan. Better kita buat sendiri. Lagipun kalau buat lebih kuih pun, boleh lah juga sedekah kat surau untuk para jemah kan. Pahala pun dapat kan..kan..kan.. oklah saya nak share sikit resipi kuih sagu ni. memang umphhh nya rasanya lebih2 lagi kalau kuih ni masuk dalam peti sejuk.. hehehee.. Saya suka makan sejuk2.. Jangan kata saya pelik pula kan. oklah saya share resipi simple and easy untuk korang. try noh...

Resipi ke2 (Ramadhan)
Kuih Sagu Kelapa

Bahan- bahan:
  • 2 cawan sagu
  • 5 cawan air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • pewarna merah (pati sirap ros)
  • daun pandan
  • kelapa parut
  • sedikit garam
  
Cara-cara:         
  1. Bersihkan sagu dan toskan airnya
  2. Masak air bersama gula, pati sirap ros dan daun pandan sehingga mendidih
  3. Apabila mendidih, masukkan sagu dan kacau sehingga sagu menjadi jernih
  4. Setelah pekat dan jernih, kacau selama 5 hingga 10 minit
  5. Letak dalam loyang dan biarkan sejuk (pada suhu bilik) dan boleh dipotong (agk2 keras sedikit)
  6. Gaul dengan kelapa parut yang telah digaulkan bersama garam



Friday, 19 June 2015

Masak Lemak Pisang Muda

Lama benor lah tak update blog. Mahu taknya, saya kan sibuk dengan tugasan sebagai seorang housewife. Segala kerja rumah nak kena settle kan. hal ehwal ank-anak pun saya kena ambil berat almaklumlah encik suami seorang Chef, asyik sibuk memanjang kalahkan menteri..hehehehee..just kidding. Saya lah segala-galanya lah mesin dalam rumah, belajar ank-anak pun saya pantau. I'm a part time teacher..heheheee... Boleh lah. SPM lulus tau. jangan pandang orang sebelah mata. ni pun dok rumah sebab dulu-dulu parents tak cukup duit nak sambungkan kita ke menara ganding.
    Pejam celik pejam celik, kita dah puasa. Baru 2 hari berpuasa..Baru da masa sikit nak update blog yang lama menyepi ni. Tup tup otak ni pula fikir nak masak apa untuk waktu berbuka ni. Berbuka puasa ni nak masak tradisional tp tak tradisional sangat lah. Janji sedap dan mudah, 


Resepi 1 (Ramadhan)
Masak Lemak Pisang Muda
Bahan-bahan :

  • 1 biji kelapa (diambil santan)
  • 1 sisir pisang rastari muda (dipotong serong setebal 3cm)
  • 10gm cili padi
  • 1 biji kunyit
  • 2 biji bawang besar
  • 20gm ikan bilis
  • 1/2 cawan minyak masak (untuk menumis)
  • Garam secukup rasa
  • Cili merah (untuk hiasan)
Cara-caranya:
  1. Kisar cili padi, kunyit, bawang besar dan ikan bilis. (kalau tak da mesin pengisir, lesung batu pun boleh digunakan) .
  2. Tumiskan kesemua bahan-bahan yang kisar tadi sehingga terbit bau.
  3. Masukkan santan pekat dan pisang. Biarkan ianya mendidih.
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Hiris cili merah untuk hiasan.

erm...sedap tak sedap, try lah masak.. Oh ya, kalau pekat sangat, masukkan sedikit air, Masakan rumah macam ni ikut selera kita sendiri. ada yang suka pekat.. ada yang suka biasa-biasa. Ikut selera korang lah. Kalau dah tambah air tu, jangan lupa tambah lagi garam. Nanti tawar lah pula..hehehehe.. Selamat Mencuba...