Friday, 4 October 2013

Dessert - Chocolate Cupcake with Peanut Butter Frosting etc


Baru-baru ini, si kecil Aleeya meminta ayahnya membelikan kek cawan yang terdapat di salah sebuah kedai pastri di QB. Wah, mahalnya kek cawan ni! Tapi pada luaran kek cawan itu, memang cantik dan berselera untuk menikmati kecoklatannya. Terpaksalah belikan untuk si kecil. Kalau tak beli, meragamlah dia. Belilah juga 2 kek cawan. Rasanya memang sedap. Pandai chef pastri yang buatkan kek cawan tersebut. Boleh dapat 5 star lah macam ni. Patutlah harganya mahal, kualiti dan rasanya memang vogue. Tapi, masalahnya, si kecil nak lagi. Alamak gaji belum terima lagi. Akhirnya, ayahnya memujuk. Baik sungguh si kecil ni memahami situasi kewangan ayahnya itu. Setibanya di rumah, ayah si kecil, menyediakan bahan-bahan di atas meja. Rupa-rupanya, ayahnya nak buatkan kek cawan buat si kecil. Gembiralah kami sekeluarga. Lepas ayah si kecil siapkan bersama krim di atas kek cawan tersebut, memang sedap dan tiada bandingan dengan kek cawan yang dibeli itu. Apalagi, si ibu pun ambil resepi si ayah dan berkongsi dengan penggemar kek cawan. Tapi, ayah si kecil, menambah sedikit coklat cair di dalam kek cawan. Biasalah ayah si kecil ni, chef.

Chocolate Cupcakes with Peanut Butter Frosting
Untuk kek cawan :
  • 24 keping kertas kek cawan
  • 1 3/4 cawan tepung serbagunac(all-purpose flour)
  • 1 tsp baking soda
  • 3/4 tsp garam halus
  • 2/3 cawan serbuk koko
  • 2/3 cawan air panas
  • 2/3 cawan susu(whole milk) suhu bilik
  • 12 tsp unsalted butter (1 1/2 sticks), suhu bilik
  • 2 cawan gula pasir
  • 2 tsp esen vanila
  • 3 biji telur (saiz besar), suhu bilik

Untuk kacang mentega frosting (peanut butter frosting) dan hiasan:

  • 3 sticks unsalted butter, suhu bilik
  • 1 1/2 cups unsalted kacang mentega
  • 1/2 tsp garam halus
  • 3 cawan gula aising, ditapis
  • 1 aun coklat keping, diparut (ikut citarasa masing-masing)

Untuk kek cawan :

Panaskan oven pada suhu 350°F dan susun tray muffin dan lapikkan dengan kertas kek cawan. Ketepikan.arrange a rack in the middle. Line 2 (12-well) muffin pans with paper liners; set aside.

Campurkan tepung, baking soda, dan garam dalam mangkuk kecil. Ketepikan.(campuran tepung)

Masukkan serbuk koko dan air panas dalam mangkuk kecil da kacau sehingga sebati.Kacau perlahan-lahan susu dan ketepikan.(bancuhan koko)

Letakkan mentega di mangkuk adunan dan putar mesin pengadun pada kelajuan sederhana sehingga kembang dan gebu selama 3 minit. Masukkan gula dan esen vanila dan sambung putar lagi selama 4 minit. Hentikan mesin pengadun. Ambil spatula getah dan kaup balikkannya.

Putarkan mesin pengadun pada kelajuan sederhana. Tambahkan telur satu persatu supaya sebati. Hentikan mesin pengadun. Ambil spatula getah, kaup balikkannya.

Masukkan 1/3 campuran tepung pada kelajuan perlahan sehingga sebati. Masukkan 1/2 bancuhan koko. Ulang langkah ini sehingga habis campuran tepung dan bancuhan koko dan sebati. Hentikan mesin pengadun, keluarkan ke dalam mangkuk dan kacau perlahan-lahan untuk memastikan adunan betul-betul sebati.

Menggunakan ceduk(ice cream scoop) dan penuhkan 2/3 adunan pada satu kertas kek cawan.
Kemudian bakar di dalam oven selama 15 minit atau sehingga masak. Untuk mendapatkan kepastian, ambil pencungkil gigi dan cucuk di tengah-tengahnya. Apabila pencungkil gigi ditarik keluar pastikan tiada apa-apa yang melekat di pencungkil tersebut.

Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk selama 10minit. Keluarkan kek cawan dari tray mufin sebelum proses frosting, selama 40 minit. Sementara menunggu, sediakan bahan-bahan frosting.

Untuk mentega kacang frosting dan hiasan:
Masukkan mentega, mentega kacang dan garam di dalam mangkuk adunan dan putar pada kelajuan yang tinggi sehingga ringan, kembang dan gebu lebih kurang 3 minit. Hentikan mesin pengadun dan kaup balik adunan tersebut menggunakan spatula getah.

Kemudian putar lagi dalam kelajuan yang rendah, tambahkan gula sehingga sebati lebih kurang 30 saat. Hentikan mesin, kaup balikkan dan putar lagi pada kelajuan sederhana. Putar sehingga berkrim, dan gebu selama 3 minit.

Sekiranya hendak hidangkan dengan segera, hiaskan di atas kek cawan dengan mentega kacang frost dan taburkan sedikit coklat. Jika kamu tidak merancang untuk memakan kek cawan dalam tempoh 4 jam, simpan di dalam peti sejuk sehingga mentega kacang frost sedikit beku. Kemudian, bungkuskan kek cawan di dalam plastik besar dan boleh di simpan sehingga 3 hari. Sebelum hidangkannya, biarkan terlebih dahulu kek cawan pada suhu bilik selama 45 minit supaya hilangkan kesejukkannya.


Thursday, 3 October 2013

Homemade Pizza (Teriyaki Chicken Pizza)

Pilihan hari ini, saya memilih piza. Keluarga saya amat meminati piza walau di mana kami berada. Bila kami outing, piza lah menjadi pilihan kami sekeluarga tanpa bantahan. Ianya ringan, mudah dikunyah dan yang paling penting,MENGENYANGKAN. Pelbagai jenis-jenis piza yang kita boleh pilih intinya. Intinya mesti lah banyak dan kejunya mesti dilebihkan diatasnya. Tapi kalau terlebih keju pun tak bagus. Piza jadi masin dan juga menggemukkan. Apa pun, para peminat piza, cubalah buat sendiri dan inti atasnya, boleh mengikut pilihan dan citarasa masing-masing. Kalau orang Malaysia, rendang menjadi pilihan. Masak rendang, kemudian taburkan atas doh dan di taburkan parutan keju, gerenti sedapnya. Tapi yang mengganggu kepala otak kita, dohnya.. Di sini, saya sertakan resepi doh yang mudah dan ringkas. Ketebalan doh, terpulang pada pilihan sendiri. Saya lebih menggemari doh nipis. Lebih ranggup.

Untuk doh piza
Bahan-bahan 
  • 800g tepung gandum
  • 1 satchet dried yeast
  • 500ml warm water
  • 2 tsp garam

Cara-caranya:

Campurkan tepung, yis dan garam di dalam mangkuk pengadun dan putar mesin pengadun(mixing). Tambahkan air dan putar sehingga bercampur rata.
Setelah menjadi doh, menggunakan tangan, Uli selama 5-10 minit atau sehingga doh menjadi lembut dan kenyal.
Tutup mangkuk tersebut menggunakan plastik atau tuala, biarkan di dalam suhu bilik supaya doh berkembang dari saiz asalnya selama 2 jam.
Setelah doh berkembang, keluarkannya dan dipotong kepada 4 bahagian. Uli setiap doh yang dipotong itu, menjadi bebola kecil.
Minyakkan dulang pembakar dan letakkannya 4 bebola doh di atas dulang tersebut.Tutupkannya dengan plastik atau tuala dan dibiarkan REHAT selama 20 minit.
Menggunakan pengiling, gilingkan doh tersebut dan letakkannya inti pilihan di atasnya.
Letakkannya di dalam dulang pembakar yang terlebih dahulu di griskan menggunakan sedikit minyak. Bakar di dalam oven selama 220°C selama 15-20 minit atau bertukar keperang-perangan.


Inti / topping piza

1 (15 auns) tin nenas - toskan jus dalam tin dan simpan
2 isi dada ayam potong kecil-kecil
1tsp bawang putih, dicincang
1 cawan sos teriyaki
1 bawang merah, hiris nipis-nipis
1 cawan parutan kejunya Cheddar
1 cawan keju Feta, diramas hancur.

Cara-caranya :
Campurkan jus nenas, ayam, dan bawang putih di dalam mangkuk kecil. Tutup dan disejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.
Panaskan oven/ ketuhar 400 degrees F (200 degrees C).
Keluarkan ayam dari jus nenas. Masak ayam dan bawang putih di atas kuali yang panas, sehingga ayam bertukar warna kecoklatan.
Doh piza yang telah disediakan, sapukan sos teriyaki, kemudian taburkan bawang, dan di atasnya taburkan keju Cheddar. Kemudian, atasnya taburkan ayam, nenas dan keju feta. Bakar selama 15 minit atau sehingga keju berbiuh dan keperang-perangan.

Tuesday, 1 October 2013

Makanan Musim Hujan Dan Suhu Dingin..(mudah dan ringkas disediakan)

Kita memang nak masak sesuatu yang mudah dan ringkas untuk disediakan. Tidak perlu nak memeningkan kepala untuk menyediakan sesuatu yang remeh. Malah memakan masa untuk menyediakan bahan-bahannya. Setelah berfikir panjang, saya cuba sesuatu yang baharu dan ringkas menyediakannya. Kebanyakan bahan-bahan saya beli boleh didapati di pasaraya dan mudah diperolehi. Musim hujan dan suhu yang sejuk amatlah bersesuaian hidangkan hidangan ini. Dengan rasanya berkrim dan panas, membuatkan kita lebih berselera dan menikmati keenakannya. Cubalah sementara cuaca hujan dan suhu yang dingin ini.


POT PIE AYAM (CHICKEN POT PIE)

Attention: open in a new window.
Bahan-bahan
2 dada ayam
Garam dan lada sudah
2 tbsp minyak jagung
2 tin krim kentang (boleh guna krim saderi atau krim cendawan jika perlu)
2 cawan kacang pis dan lobak merah sejukbeku -basuh dan toskan
1 cawan saderi
1/2 cawan bawang
Doh pie sejukbeku (yang sedia ada dijual di pasaraya)
Cara-caranya
  1. Perapkan ayam dengan minyak sayur, garam dan lada sulah.
  2. Bakar pada suhu 350F untuk 20 minit atau sehingga masak tetapi lembut.
  3. Sejukkan kemudian potong menjadi ketulan sederhana kecil.
  4. Hiris saderi kecil-kecil.
  5. Hiris bawang nipis-nipis.
  6. Goreng bawang sehingga bertukar warna perang.
  7. Tambah saderi, kacang pis dan lobak merah dan kacau.
  8. Masukkan krim kentang. (cream of potato soup)
  9. Biarkan mendidih selama beberapa minit.
  10. Tambah sedikit garam dan lada untuk rasa.
  11. Masukkan ayam yang dimasak tadi dan gaul rata.
  12. Terlebih dahulu, sediakan mangkuk atau tin aluminium dan letakkan doh pie.
  13. Kemudian, ambil isi ayam yang berkrim ke dalam doh pie.
  14. Tutup atasnya dengan doh pie. Beruskan di atasnya dengan telur jika mahukan atasnya berwarna perang dan ranggup.
  15. Bakar pada suhu 350F selama 20-30 minit atau sehingga luarannya bertukar warna keperang-perangan.

Nota: doh pie sejukbeku boleh dibeli dipasaraya.
**Krim kentang(cream of potato soup)/krim saderi(cream of celary soup)/krim cendawan(cream of mushroom soup)